Blogbotuah -Gambar Anjing Berserban dan Berjubah ini tesebar di media sosial,  penyebaran yang dilakukan orang yang tak bertanggung jawab ini  mendapat teguran dari Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid. 

Sumber : myMetro
"penyebaran ini harus dihentikan, kerana menyinggung umat islam dinegeri ini"“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi 
garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum 
hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.
“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati 
ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan 
untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan 
menghina,” kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa 
Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan 
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di sini, hari ini.
Umat islam sebetulnya  tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali 
untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan 
barangan.
“Tetapi, kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan 
membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat 
tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” kata Mohamad Tamyes.

beri waktu sejenak tuk tinggalkan comment awak kat blog sederhana ni!!
and do not spam!! :)