Monday, November 3, 2014

Konsert Dayang Nurfaizah Di DFP Malam Ini

Kuala Lumpur  - Dewan Filharmonic Petronas atau bdisebut juga dengan DFP malam ini akan menyajikan Hiburan terbaik dengan cara eksklusif di dewan berprestij terletak di pusat membeli belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Malam Ini Dayang Nurfaizah akan menghibur peminatnya, Kali ini Dayang Nurfaizah akan tampil solo sekali gus meraikan usia 15 tahun pembabitannya di arena seni, persembahan beliau ini akan diiringi oleh pemuzik hebat dibawah pimpinan jenny chin.

Dayang Nurfaizah
Lebih menariknya lagi, tiket untuk menyaksikan persembahan beliau telah habis terjual beberapa hari yang lalu, Dayang Nurfaizah bersyukur sangat kerana hal itu, sehingga Dayang Nurfaizah berjanji akan memberikan yang terbaik buat Peminatnya malam ini.
“Istimewanya kebanyakan lagu yang bakal dinyanyikan malam ini Hanya satu dua saja pilihan peribadi Dayang, kebanyakan akan dipilih peminat” katanya.

“Dayang akan menyanyikan dalam 22 buah lagu. Peminat pastinya akan mendengar lagu daripada yang diberi susunan baru termasuklah lagu SMAC yang memainkan peranan besar dalam kerjaya seni ini. Itu lagu wajib, Persembahan ini dalam sejam lebih.

Source : Http://mynewshub.cc
Source Image : Http://mynewshub.cc

beri waktu sejenak tuk tinggalkan comment awak kat blog sederhana ni!!
and do not spam!! :)